fbpx
Sebuah bot tempatan dinaiki lapan nelayan warga Vietnam yang ditahan di perairan Kelantan dekat Tok Bali, Pasir Puteh semalam. Foto IHSAN APMM

8 nelayan Vietnam dicekup tangkap ikan guna bot tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seramai lapan nelayan warga Vietnam ditahan selepas didapati menggunakan bot tempatan untuk menangkap ikan sekali gus melanggar syarat lesen operasi kira-kira tujuh kilometer dari muara Tok Bali, di sini semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, tangkapan itu dilakukan pada pukul 12.30 tengah malam sewaktu rondaan Op Naga, Op Damai dan Op Tiris.

Katanya, pemeriksaan mendapati bot tersebut dinaiki lapan nelayan termasuk tekong warga Vietnam berusia 25 hingga 37 tahun.

Seramai lapan nelayan warga Vietnam yang ditahan di perairan Kelantan dekat Tok Bali, Pasir Puteh semalam. Foto IHSAN APMM

“Siasatan awal mendapati, kesemua nelayan itu tidak memiliki permit kerja yang sah dan menggunakan pasport meragukan sekali gus melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

“Selain itu hasil laut seberat 5,000 kilogram, bot dan peralatan menangkap ikan turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI