fbpx
Sebahagian daripada jambatan merentasi Mataian Creek rosak selepas tasik takungan pecah di Hualien hari ini. - AFP

14 maut tasik takungan pecah di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPEI – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, manakala 18 cedera apabila sebuah tasik takungan pecah di Taiwan, kata seorang pegawai kerajaan hari ini, selepas Taufan Ragasa membadai pulau itu dengan hujan lebat.

Tasik takungan di daerah Hualien timur itu pecah semalam, menghanyutkan jambatan ke sebuah pekan dengan jejak lumpur yang tebal.

“Ia seperti gunung berapi yang meletus. Air banjir berlumpur datang menderu, terus ke tingkat satu rumah saya,” kata Ketua Kejiranan perbandaran Kuang Fu, Hsu Cheng-hsiung kepada AFP.

Pegawai Akhbar kerajaan daerah Hualien, Lee Kuan-ting berkata, 14 orang terbunuh dan 18 cedera.

Menurut Agensi Bomba Kebangsaan, 124 orang hilang.

“Ia bagaikan filem bencana,” kata seorang penduduk tempatan, Yen Shau, kepada AFP.

Tambahnya, sejam sebelum penghadang tasik itu pecah, ramai orang masih berada di pasar raya dan kedai runcit tempatan.

“Dalam beberapa minit, air telah naik ke separuh tingkat satu,” katanya.

Rakaman video dikeluarkan oleh agensi bomba menunjukkan jalan raya dinaiki air, kereta separuh tenggelam dan pokok tumbang.

Lebih 7,600 orang telah dipindahkan di seluruh Taiwan akibat Taufan Ragasa setakat ini. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN