fbpx
PENGASUH 'Baby Syifaa', Khairunnisa hadir pada prosiding sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.

Representasi kedua pengasuh ‘Baby Syifaa’ ditolak, bicara Mac 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pihak pendakwaan menolak representasi kedua yang dikemukakan pengasuh ‘Baby Syifaa’ atau Nour Rania Asyifaa Yuseri berhubung pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan kematian bayi itu di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan, tiga tahun lalu.

Penolong Pengarah Pendakwaan Negeri, Ku Hayati Ku Haron memaklumkan perkara itu ketika prosiding sebutan semula kes melibatkan tertuduh, Khairunnisa Ahmad Damanhuri, 40, di hadapan Hakim N.Kanageswari di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

“Dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan telah menerima satu representasi daripada peguam tertuduh dan kami telah memberi mempertimbangkan terhadap representasi tersebut. Bagaimanpun, dukacita dimaklumkan pihak kami tidak menerima tawaran yang dikemukakan dalam representasi itu,” katanya.

Ku Hayati kemudian memohon tarikh perbicaraan baharu dan memaklumkan kepada mahkamah seramai lapan hingga 10 orang saksi dijangka akan dipanggil memberi keterangan bagi kes tersebut

Mahkamah menetapkan 2,9 dan 10 Mac tahun depan untuk tarikh baharu perbicaraan dan meminta pihak pendakwaan memastikan kehadiran kesemua saksi terlibat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN