fbpx
PALMER dikeluarkan awal menentang United disebabkan masalah pangkal paha berulang. - AFP

Piala EFL: Chelsea enggan risikokan Palmer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bintang Chelsea, Cole Palmer hampir pasti tidak beraksi menentang kelab divisyen tiga yang beraksi di Liga Satu, Lincoln City pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium LNER awal pagi esok.

Palmer dikeluarkan seawal minit ke-21 ketika tewas 1-2 kepada Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berlangsung penuh dramatik yang menyaksikan kedua-dua pasukan dilayangkan satu kad merah di Old Trafford pada Sabtu lalu.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mendedahkan, beliau terpaksa membuat keputusan itu disebabkan kecederaan berulang di bahagian pangkal paha dialami pemain tengah England tersebut.

Masalah itu menyaksikan Palmer, 23, gagal menyerlah pada awal saingan musim ini biarpun dia beraksi ketika seri 2-2 dengan Brentford dan tewas 1-2 kepada Bayern Munich sebelum ini.

“Dia (Palmer) telah melakukan ujian sebelum perlawanan ini (menentang United) dan kami dapati dia tidak 100 peratus cergas. Namun, dia tetap tunjukkan usaha yang bagus untuk bermain dalam perlawanan ini.

“Masalah ini (pangkal paha) sudah lama berlaku dan malangnya ia berlaku lagi dalam perlawanan ini. Saya tiada pilian dan enggan mengambil risiko, jadi saya membuat keputusan mengeluarkan Palmer,” katanya.

Meskipun tanpa Palmer dan penjaga gol, Robert Sanchez yang dilayangkan kad merah menentang United, Chelsea tetap dijangka tiada masalah untuk bangkit ke landasan kemenangan dengan menewaskan Lincoln.

Maresca mungkin menurunkan pemain-pemain yang kurang diberikan minit permainan seperti bekas pemain sayap United, Alejandro Garnacho untuk beraksi dalam perlawanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI