fbpx
Seorang tetamu memegang replika sampul gergasi. - TikTok

Pengantin terima duit salam kaut RM126,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Madura, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian pengguna media sosial apabila menerima duit salam kaut sebanyak 500 juta rupiah (RM126,000) sebagai hadiah perkahwinan, lapor laman berita Wolipop semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik di platform TikTok oleh sebuah syarikat penganjur acara, seorang tetamu dilihat memegang replika sampul gergasi.

Ia mempunyai perkataan memaparkan nama pasangan pengantin dan jumlah wang yang diberikan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vinoqi Entertaiment, Abdullah Husein, wanita tersebut merupakan salah seorang ahli keluarga pengantin.

“Pemberian sampul gergasi dengan wang sebanyak itu adalah daripada ibu saudara pengantin,” katanya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Sebaliknya jika pemberi itu mengadakan majlis perkahwinan, pengantin dan keluarganya perlu memberikan wang dengan nilai yang sama,” kata seorang pengguna media sosial.

“Jika anda mahu tahu, Madura agak ketinggalan zaman tetapi pendududknya ramai yang kaya-raya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN