fbpx
Nora sentiasa berdoa agar anaknya, Dahlia kembali ke pangkal jalan.

‘Hidayah milik Allah’ – Nora doa anak kembali ke pangkal jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Susulan puterinya, Dahlia dikecam gara-gara tidak lagi bertudung, penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui sering berdoa yang terbaik buat anaknya agar sentiasa berada di jalan Allah.

Nora, 52, atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, dia hanya mampu menyerahkan segalanya kepada Allah buat masa sekarang.

“Hidayah itu milik Allah SWT.

“Sebagai ibu, saya sentiasa memberikan nasihat yang baik-baik dan tidak pernah putus berdoa memohon segala kebaikan untuk anak-anak.

“Allah saja yang tahu apa kami lalui. Buat masa ini saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar mereka diberikan hidayah serta pedoman untuk kembali ke pangkat jalan. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran Instagram.

Sebelum ini, Dahlia hadir ke Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) dengan penampilan baharu tanpa hijab.

Dia menjelaskan tindakan tersebut dilakukan bagi memulakan perjalanan baharu dan memahami agama dengan lebih mendalam.

Keputusan menanggalkan tudung selepas 15 tahun berhijab juga turut disokong penuh keluarganya termasuk ibu dan abangnya.

Untuk rekod, Dahlia merupakan anak perempuan kepada Nora dan komposer Allahyarham Johan Nawawi.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN