fbpx
Gambar menunjukkan Easley bersama harimau jagaannya. - Facebook

Harimau makan tuan di Oklahoma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HUGO, OKLAHOMA  –  Seorang pemilik sebuah pusat pemuliharaan harimau di negeri Oklahoma meninggal dunia akibat  dibaham binatang  buas itu, lapor akhbar The Sun UK semalam. 

Ryan Easley terbunuh di Growler Pines Tiger Preserve, bandar Hugo pada Sabtu lalu. 

Easley merupakan bekas rakan sekerja mendiang Joe Exotic atau lebih dikenali sebagai ‘Raja Harimau’. Joe terbunuh akibat dibaham singa di zoo miliknya di Slovakia pada 2023. 

Seorang jurucakap Growler Pines Tiger Preserve berkata: “Kejadian itu adalah peringatan menyakitkan tentang keindahan dan ketidakpastian alam semula jadi. 

“Easley memahami risiko (menjaga hairmau). Binatang buas di bawah jagaannya bukan sekadar haiwan tetapi makhluk yang membentuk hubungan,” katanya. 

Pengarah Kanan Hidupan Liar Tawanan Yayasan PETA, Debbie Metzler bagaimanapun berkata, adalah tidak selamat untuk berinteraksi dengan binatang buas seperti harimau. 

“Bukan sesuatu mengejutkan apabila manusia diserang harimau yang tertekan akibat dikurung, disebat dan dinafikan habitat semula jadinya,” kata Metzler. 

Masih belum jelas bagaimana kejadian itu berlaku, manakala pihak berkuasa masih melakukan siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN