fbpx
Gambar hiasan

Guru praktikal didakwa ‘usik’ pelajar lelaki di bilik asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang guru praktikal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun 10 bulan di bilik asrama sebuah sekolah di Sikamat di sini pada Julai lalu.

Tertuduh, Wan Mohamad Aliff Wan Mohd. Sofian, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N. Kanageswari.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa berusia 13 tahun 10 bulan lebih kurang pukul 7.30 pagi di dalam bilik asrama sebuah sekolah di Sikamat di sini pada 26 Julai lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni menawarkan jaminan RM20,000 beserta syarat tambahan, namun tertuduh tidak diwakili peguam memohon jaminan yang paling minimum kerana baharu bekerja dan akan dijamin oleh bapanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 23 Oktober ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN