fbpx
Mohd. Kamarulzaman (depan) dan Hairul Hisham ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Dua lelaki didakwa bunuh peniaga di Kampung Perepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang peniaga yang mayatnya dijumpai di Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar, dua minggu lalu.

Tertuduh, Hairul Hisham Ishak, 48, dan Mohd. Kamarulzaman Abd. Wahab, 38, bagaimanapun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, Hairul Hisham, dan Mohd. Kamarulzaman, bersama dua lagi lelaki yang masih bebas dituduh dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Rafidzul Afeendi Mustapha, 33.

Perbuatan itu dilakukan di tepi Sungai Jalan Kempas Kiri, Kampung Perepat, Kapar di sini, kira-kira pukul 3.50 pagi, pada 11 September lalu.

Sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salman Al Farisi Nawawi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 November depan bagi penyerahan dokumen dan laporan bedah siasat, forensik dan Jabatan Kimia.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki disyaki dibunuh dengan beberapa kesan kecederaan dan laporan penemuan mayat dalam keadaan terbaring itu diterima daripada orang awam, kira-kira pukul 3.30 pagi, pada 11 September lalu.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dicekik sampai mati. Mangsa merupakan peniaga di daerah Shah Alam.

Susulan itu, polis telah menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia berusia 19 hingga 72 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN