Saudara Pengarang, Saya ingin meluahkan rasa kecewa dengan pengalaman yang saya alami baru-baru ini, ketika melalui sebuah plaza tol di lebuh raya utama. Kenderaan saya dan pengguna lain terkandas gara-gara pemandu di hadapan tidak dapat meneruskan perjalanan kerana baki kad Touch ‘n Go miliknya tidak mencukupi. Apa yang menyedihkan, pemandu itu terpaksa keluar dari kereta dan berjalan ke pondok tambah nilai yang terletak agak jauh di hujung plaza tol. Keadaan itu membahayakan keselamatannya kerana terpaksa melintas di antara lorong-lorong tol……