fbpx
Tangkap layar video kejadian di lebuh raya berhampiran hentian R&R Dengkil, kelmarin.

Pemandu lori dipukul kerana bunyi hon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Gara-gara membunyikan hon terhadap kereta yang dipercayai keluar secara melulu, seorang pemandu lori dipukul dengan sebatang kayu di lebuh raya berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Dengkil kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, mangsa seorang lelaki dipukul di lengan kiri sebanyak satu kali oleh suspek yang memegang sebatang kayu panjang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah memberhentikan lorinya apabila tiba di kawasan berhampiran R&R tersebut dalam keadaan lebuh raya yang sesak.

Katanya, mangsa kemudian pergi untuk bersemuka dengan pemandu kereta tersebut.

“Suspek telah mengambil sebatang kayu dari dalam kereta miliknya dan memukul lengan kiri mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran kereta suspek.

Katanya, semakan polis mendapati kejadian tersebut berpunca daripada tindakan mangsa yang membunyikan hon kepada kereta yang dipandu suspek.

“Ini berikutan suspek telah keluar dari susur secara meluru dan masuk ke laluan mangsa. Usaha mengesan suspek terlibat sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berhampiran.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI