fbpx
Azam pada sidang akhbar perkembangan terkini berkaitan operasi yang dijalankan SPRM di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Aktiviti kartel diesel di Sarawak didalangi kongsi gelap, 2 Datuk terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kegiatan monopoli pembekalan diesel komersial di Sarawak didalangi pertubuhan kongsi gelap.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kumpulan itu berperanan sebagai ‘enabler’ (memudahkan aktiviti penyeludupan atau jenayah) dan menawarkan perlindungan kepada kartel.

Katanya, pertubuhan kongsi gelap itu juga berperanan memudahkan aktiviti mengeluar dan mendapatkan minyak daripada nelayan.

“Ya (ia didalangi kongsi gelap), sudah tentu,” katanya pada sidang akhbar Ops Karen di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Ditanya sama ada kartel itu didalangi oleh orang kenamaan (VIP), Azam memaklumkan setakat ini tiada, namun mengesahkan dua individu yang terlibat dalam kegiatan itu bergelar Datuk.

Azam turut mengesahkan individu yang ditahan adalah daripada syarikat pembekal diesel, bukannya anak syarikat kerajaan negeri.

Setakat ini, Ops Karen yang bertumpu di Kuching, Sibu dan Bintulu berjaya menahan lima individu termasuk tiga pengarah syarikat dan masing-masing seorang pengurus syarikat serta pengurus wilayah. Seramai 15 saksi akan dipanggil untuk dirakam percakapan.

Ops Karen di Sarawak dan Sabah bermula 2 hingga 8 September lalu berjaya membanteras sindiket rasuah, penyeludupan dan pengubahan wang haram sehingga menyebabkan ketirisan hasil kerajaan berjumlah RM247 juta dalam masa 10 tahun.

Sindiket itu dipercayai memonopoli tender tersebut sejak 10 tahun lalu malah berjaya memenangi tender kerana menawarkan harga diesel yang rendah berbanding petender syarikat pengeluar minyak besar lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI