fbpx
Gambar hiasan

Malaysia ambil langkah berani turunkan harga RON95 – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan kerajaan menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter sebagai satu langkah berani.

Menurut beliau, Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 tatkala dunia sedang berdepan dengan suasana ekonomi global yang tidak menentu.

“Langkah itu adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan Madani dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan harga RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter seliter bermula 30 September ini.

Beliau mengumumkan berita gembira itu pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI