KELIBAT Kristian Tung terus mencuri perhatian selepas kejayaan meleburkan rekod kebangsaan 3,000 meter (m) bulan lalu mula membuka lembaran baharu buat acara jarak jauh Malaysia. Biarpun rekod telah tercatat dalam sejarah, impaknya masih terasa kerana ia mengubah persepsi Malaysia yang ketandusan pelari berkualiti sejak lebih dua dekad. Pencapaian Kristian lebih istimewa apabila mendapat pengiktirafan legenda negara, M. Ramachandran, pemegang rekod 5,000m dan 10,000m yang bertahan lebih 30 tahun. “Saya memang bangga dengan pencapaian Kristian kerana selepas 30 tahun baru negara……