fbpx
Mohd. Razi (kiri) memantau operasi di lokasi paip gas butana bocor di Kampung Chabang, Kerteh, Kemaman hari ini.

Insiden paip bocor: Sisa gas butana masih ada muka terowong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Kerja-kerja pelupusan sepenuhnya sisa gas butana yang bocor di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Chabang, Kerteh, di sini dijangka selesai dalam tempoh selewat-lewatnya tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, lima daripada tujuh alat pengesan gas dipasang Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Petronas menunjukkan bacaan sifar, kecuali di muka terowong iaitu lokasi berlakunya kebocoran berkenaan.

“Pembakaran sisa gas menggunakan dua peralatan mudah alih masih berjalan dan ia di kawal rapi pasukan Hazmat JBPM serta Petronas.

“Jarak selamat 500 meter masih dikekalkan. Jika tiada masalah, Petronas akan melakukan prosedur memasukkan nitrogen ke dalam paip terbabit bagi memastikan saki-baki butana dilupuskan sepenuhnya esok,” katanya ketika ditemui di Kerteh di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, keadaan semakin terkawal dan penghuni sebuah pusat tahfiz yang sebelum ini dipindahkan dijangka dibenarkan pulang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN