fbpx
Anggota Bomba dan Penyelamat bersama anggota Polis berada dilokasi kejadian di Pusat Perdagangan Pontian atau Tambak dimana seorang warga usia emas dikhuatiri lemas di Pontian, disini, hari ini.

Warga emas hilang ketika cuci bilah kipas bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang warga emas hilang dikhuatiri lemas ketika melakukan kerja-kerja pembersihan bilah kipas bot di jeti nelayan di Pusat Perdagangan Pontian di sini tengah hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.02 tengah hari dan sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru dikejarkan ke lokasi kejadian.

Operasi menyelamat diketuai oleh Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat dan sebaik tiba di lokasi, Pasukan Keluar Operasi (PKO) mendapat seorang lelaki berusia 65 tahun dikhuatiri lemas ketika melakukan kerja-kerja pembersihan bilah kipas bot.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi menyelamat turut dibantu oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kluang, selain 17 anggota bomba, sebuah FTR, dua buah Hillux dan sebuah bot aluminium.

“Sehingga laporan ini disiarkan, operasi mencari masih lagi diteruskan dan mangsa belum lagi ditemui,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN