fbpx
Sanita pada sidang akhbar berhubung pembangunan Kampung Sungai Baru di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

‘Terlalu lama tunggu pembangunan Kampung Sg. Baru’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah dan Kebajikan Kampung Sungai Baru menekankan penduduk telah menunggu terlalu lama untuk pembangunan semula kampung itu sehingga ada pemilik sudah meninggal dunia.

Pengerusinya, Sanita Yunus, 63, berterima kasih terhadap komitmen Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa yang mahu mencari penyelesaian terhadap kemelut itu.

“Kami sudah menanti hampir sembilan tahun. Ramai penduduk meninggal dunia sebelum sempat melihat impian mereka tercapai. Sebab itu kami amat menghargai kesungguhan Dr. Zaliha yang benar-benar mengambil berat tentang nasib kami.

“Beliau bukan sahaja mendengar keluhan, malah tampil memberi jaminan bahawa hak dan kebajikan penduduk tetap menjadi keutamaan,” katanya pada sidang akhbar di KL Gateway, di sini hari ini.

Menurut Sanita, sehingga kini sebanyak 219 unit menandatangani perjanjian bersama dengan pemaju, manakala baki keluarga yang pada awalnya tidak bersetuju juga kembali menyertai projek berkenaan.

Katanya, penduduk tidak pernah menolak pembangunan, sebaliknya mahu segala janji ditunaikan agar mereka dapat kembali ke kediaman baharu dengan lebih selesa.

“Kami berharap projek ini segera dilaksanakan tanpa gangguan lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI