fbpx
PU Syed tampil menegur pelakon dan pengarah Liyana Jasmay susulan pengakuan aktres itu yang selesa bergaya seksi dalam media sosial.

‘Siapa rintis amalan buruk, mereka pikul dosa orang sampai kiamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penceramah bebas, PU Syed tampil menegur pelakon dan pengarah Liyana Jasmay susulan pengakuan aktres itu yang selesa bergaya seksi dalam beberapa hantaran media sosial baru-baru ini.

Ujar Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, umat Islam terikat hukum halal dan haram, serta perlu sentiasa mengukur tindakan mengikut garis panduan agama.

“Terbuka atau tertutup penerimaan kamu kepada kata-kata netizen di luar sana, kamu kena ingat sebagai umat Islam, kita terikat dengan halal dan haram.

“Sesungguhnya perkara halal itu telah jelas dan perkara haram itu juga jelas.

“Sebagai seorang Muslim, kita tidak diberi pilihan untuk menolak ketetapan Allah. Perbuatan yang mengundang fitnah atau mendorong kegiatan tidak bermoral perlu dielak,” ujarnya dalam Instagram.

Syed juga turut menasihati Liyana, 37, agar menutup aurat lebih sempurna supaya menjadi contoh baik kepada peminat.

“Sesiapa yang merintis satu amalan buruk, maka dia akan memikul dosa bagi setiap orang yang melakukannya (meniru amalan buruknya itu) sehingga hari kiamat.

“Kamu ramai pengikut, janganlah sampai mereka terikut dengan gaya penampilan kamu, takutlah kepada Allah,” pesannya.

Terdahulu, pelakon filem Puaka Niyang Rapik itu dikecam teruk gara-gara penampilannya yang dianggap terlalu seksi, namun dia memilih untuk menerima teguran netizen dengan hati terbuka.

Liyana secara jujur mengakui dirinya memang gemar bergaya seksi, namun tetap mengambil setiap nasihat yang baik sebagai panduan untuk memperbaiki diri pada masa mendatang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI