fbpx
SEORANG lelaki parah akibat ditetak dalam kejadian di Flat Paya Nahu, Sungai Petani petang tadi.

Pemuda parah ditetak individu tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki parah selepas dipercayai ditetak individu tidak dikenali menggunakan senjata tajam di kawasan Flat Paya Nahu, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.55 petang.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu pada mulanya pergi ke rumah abangnya di kawasan flat berkenaan pada pukul 3 petang.

“Namun mangsa dimaklumkan kakak iparnya bahawa abangnya tiada di rumah dan mangsa kemudian menunggu di bawah flat tersebut sebelum mendakwa secara tiba-tiba didatangi seorang individu tidak dikenali yang terus menetaknya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, saksi memaklumkan suspek yang berusia lingkungan 20-an itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk sejak pagi sebelum kejadian.

“Mangsa yang cedera di bahagian tangan dan kaki telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim dan kini dirawat di Zon Merah. Suspek pula telah ditahan dan akan direman esok bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI