fbpx
Gambar hiasan.

Mudir sekolah pondok ada enam lagi pertuduhan ‘sentuh’ pelajar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang mudir di sebuah pondok di Tumpat dekat sini bakal berdepan enam lagi pertuduhan berkaitan jenayah seksual terhadap remaja lelaki dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, suspek yang berusia 46 tahun itu yang ditahan buat kali ketiga pada Khamis lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas sebaik sahaja siasatan dan proses pendakwaan dilengkapkan.

Menurutnya, pihak polis menahan semula suspek setelah menerima aduan baharu daripada seorang lagi mangsa lain yang berusia belasan tahun di lokasi sama.

“Enam lagi pertuduhan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 akan dibuat terhadap suspek dalam masa terdekat.

“Difahamkan, mudir itu mempunyai pengaruh besar dalam kalangan pengasas perniagaan di negeri ini selain ada pengikut tersendiri di media sosial,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, lelaki itu didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, dekat sini pada 11 September lalu atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah pada Jun 2024 hingga 20 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI