fbpx
JAMBATAN Binh Trieu 1 (depan) di Bandar Raya Ho chi Minh. - Foto VnExpress

Jurutera tinggikan jambatan jimat kos bina baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Jambatan Binh Trieu 1 seberat 11,000 tan di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam sedang ditinggikan lebih 1  meter oleh sekumpulan jurutera, lapor portal berita VnExpress semalam.

Jambatan dibina sebelum 1975 itu ditinggikan untuk membolehkan kapal lebih besar belayar di Sungai Saigon.

Ketinggian jambatan itu iaitu jarak menegak antara permukaan air dan bahagian bawah binaan cuma  5.5 meter.  

Ia menyebabkan lalu lintas air terhalang di tengah permintaan yang semakin meningkat untuk kapal lebih besar masuk ke pelabuhan bandar.

Selepas kajian teliti, pentadbiran bandar raya  itu memutuskan untuk meninggikan Jambatan Binh Trieu dengan menggunakan sistem hidraulik bagi mengekalkan integriti strukturnya.

Projek itu menelan kos 133 bilion dong (RM21.2 juta), tetapi dijangka menjimatkan beribu-ribu bilion dong berbanding membina jambatan baharu.

Kerja meninggikan jambatan itu bermula akhir tahun lalu dan dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Infrastruktur Jalan Jabatan Pembinaan Bandar Raya Ho Chi Minh.

Tugas paling rumit, iaitu mengangkat keseluruhan struktur setinggi 1.08 meter, bermula pada akhir Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya November ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI