fbpx
SEBUAH dron menyerang masjid di Darfur semalam. - Foto X

Dron serang masjid, lebih 70 terkorban ketika solat subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KHARTOUM – Lebih 70 orang terbunuh dalam serangan dron menyasarkan sebuah masjid di wilayah Darfur, Sudan, demikian menurut sumber perubatan kepada Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Serangan semalam  di bandar El-Fasher itu didakwa dilakukan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF), namun RSF tidak mengaku bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

RSF dan tentera Sudan terlibat dalam perang saudara yang dahsyat  dan berlarutan lebih dua tahun.

Seorang penduduk tempatan memberitahu BBC bahawa serangan dron itu berlaku ketika jemaah menunaikan  solat Subuh, menyebabkan berpuluh-puluh orang terkorban di tempat kejadian.

Sumber perubatan berkenaan pula berkata, seramai 78 orang terkorban dan kira-kira 20 lagi cedera, namun usaha mengeluarkan mayat dari dalam runtuhan bangunan masih diteruskan setakat kelmarin.

Sementara itu, BBC mengesahkan rakaman video menunjukkan sekitar 30 jenazah dibalut kain kafan dan selimut di sebelah masjid yang terletak di barat bandar tersebut sebagai korban serangan dron.

RSF  semakin menguasai kawasan sekitarnya dalam usaha mereka untuk menawan sepenuhnya bandar El-Fasher yang menjadi kubu terakhir tentera Sudan di Darfur.

Bandar itu menjadi tempat tinggal lebih 300,000 orang awam yang terperangkap dalam  pertempuran antara RSF dan tentera Sudan.

Minggu ini, RSF melancarkan serangan baharu ke atas El-Fasher yang telah dikepung selama lebih setahun. 

Laporan menyatakan ia termasuk serangan hebat ke atas Abu Shouk iaitu  sebuah kem pelarian berhampiran bandar itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI