fbpx

Bapa Khai Bahar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bapa kepada penyanyi Khai Bahar, Baharuddin Backry meninggal dunia pada usia 71 tahun sekitar pukul 9 malam tadi.

Khabar duka tersebut dimaklumkan pengurus penyanyi terbabit, Mohammed Rizal Mohammed Yasin menerusi perkongsian di InstaStory.

“Takziah buat Khai Bahar serta keluarga atas pemergian ayahanda tercinta.

‘Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.

Begitupun, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 31, tidak menyatakan punca pemergian bapanya.

Sebaliknya, menerusi semakan penyanyi lagu Luluh itu hanya mengulang siar titipan ucapan takziah daripada kenalan.

Difahamkan sejak beberapa tahun lalu kesihatan bapanya itu sememangnya dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Pada April 2024, Khai pernah berkongsi momen mendukung insan kesayangannya itu menuruni tangga yang meraih perhatian ramai.

Setakat ini, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Khai belum berhasil apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak berbalas.

Pada 2 Januari tahun lalu penyanyi asal Kangar, Perlis itu kehilangan ibu, Allahyarham Rosnah Muhammad, 62, yang meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN