fbpx
Mohd Nizam ketika berucap pada Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia Ke 92 di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.

ATM sentiasa bersedia bencana negara, 600 anggota digerakkan di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan pihaknya sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana banjir di seluruh negara.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, kesiapsiagaan itu melibatkan penempatan awal anggota serta aset di kawasan berisiko, selain latihan bersama pihak berkuasa tempatan.

“Kami sudah ada ‘pre-positioning, pasukan yang dikenal pasti serta mengadakan raptai bersama pemimpin setempat. Panglima Brigade juga sudah melakukan tinjauan di kawasan masing-masing,” katanya pada sidang akhbar sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ATM Ke-92 di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.

Menurut beliau, di Sabah sahaja hampir 600 anggota telah digerakkan untuk menghadapi bencana termasuk kejadian tanah runtuh.

Sementara itu, Sambutan HUT ATM Ke-92 kali ini diserikan dengan perbarisan tempur statik melibatkan 43 pegawai dan 648 anggota lain-lain pangkat.

Bertemakan ‘Angkatan Masa Hadapan: Kedaulatan Dijulang, Pertahanan Diperkasa’, acara turut menampilkan lima pasukan termasuk pasukan khas gabungan ATM iaitu 10 Briged Para, Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Tentera Laut (Paskal) dan Pasukan Khas Tentera Udara (Paskau).

Kemuncak sambutan adalah demonstrasi dinamik ‘Operasi Benteng Kedaulatan’ yang menggabungkan kekuatan aset Tentera Darat, Laut dan Udara.

Selain itu, Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (PAT) turut disampaikan kepada 10 Briged Para (TDM), Markas Pemerintahan Armada Timur (TLDM) dan Pangkalan Udara Subang (TUDM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN