fbpx
GAMBAR fail Marissa Laimou. - Foto Keluarga Laimou

Anak perempuan taikun perkapalan meninggal dunia digigit serangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah keluarga berpengaruh dari Greece menuduh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) cuai selepas anak perempuan mereka meninggal dunia akibat gigitan serangga, lapor portal berita Metro.co.uk kelmarin.

Marissa Laimou, 30, ditemui mati di rumah bandar keluarganya di Knightsbridge, tengah  London pada 11 September lalu, hanya beberapa hari selepas dia  pulang dari bercuti di Greece.

Menurut rakan keluarga itu, Marissa yang merupakan seorang pelakon teater, mendapatkan rawatan di dua hospital selepas mula berasa tidak sihat, namun dia cuma diberikan ubat termasuk antibiotik sebelum dibenarkan pulang. 

Beberapa jam kemudian, Marissa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah keluarganya.

Keluarga taikun tersebut merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua hospital berkenaan, lapor akhbar Daily Mail.

Seorang saudara keluarga kaya itu berkata: “Keluarga Marissa pasti akan mengambil tindakan. Kematian Marissa 100 peratus disebabkan kecuaian. Dia meninggal dunia kerana mereka (NHS). Tidak salah jika mereka menahannya di wad untuk pemerhatian semalaman. 

“Mereka (NHS) boleh memantau, berikan antibiotik, tentu dia dapat diselamatkan. Dia pergi ke tempat rawatan yang betul. Mereka (NHS) tidak sepatutnya menyuruh dia pulang.”

Kedua-dua hospital menyampaikan ucapan takziah atas kematian Marissa dengan sebuah hospital berkenaan melancarkan  siasatan dalaman berhubung kes tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN