fbpx
Sultan Pahang

Amaran keras untuk pemimpin, jangan biarkan Felda jadi ‘port’ dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi amaran keras kepada kepimpinan Felda supaya turun padang serta-merta bagi menyelesaikan masalah penagihan dadah yang semakin berleluasa di tanah rancangan itu.

Titah baginda, kepimpinan Felda perlu melihat sendiri masalah penyalahgunaan dadah tanpa hanya berselindung di sebalik keuntungan, agenda politik atau menjaga nama semata-mata.

“Tidak salah saya tegaskan jangan kita, pemimpin di atas sibuk nak buat untung, main politik, hanya nak menjaga nama semata-mata.

“Be responsible (bertanggungjawab) kerana masalah dadah sudah berleluasa dalam kalangan anak muda,” titah baginda ketika merasmikan Program Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal (PTDT) sempena Sambutan Hari Antidadah Peringkat Negeri Pahang di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, di sini, hari ini.

Titah baginda, Felda seharusnya menjadi lambang perjuangan bangsa kerana tanah inilah yang membesarkan generasi peneroka dengan darah dan keringat.

“Saya tidak mahu warisan ini terus dicemari gejala hitam. Jangan biarkan Felda digelar ‘port’ dadah, sebaliknya kembalikan maruahnya sebagai tanah berkat yang melahirkan generasi teguh, berilmu dan berakhlak,” titah baginda.

Mengikut rekod My-AADK sehingga Julai 2025, Pahang mencatatkan seramai 4,204 penagih dadah dengan 1,317 orang atau 31.32 peratus daripadanya berasal dari tanah rancangan Felda.

Baginda turut menitahkan agar tindakan tegas, keras dan tanpa kompromi dikenakan terhadap pengedar serta sindiket yang disifatkan sebagai musang berbulu ayam kerana merosakkan masyarakat demi keuntungan haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN