fbpx
Keadaan rumah Nik Zai dipenuhi sampah ditinggalkan oleh penyewa. - Foto FACEBOOK NIK ZAI MD NOOR

6 bulan tak bayar sewa, najis kucing bersepah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang penyewa rumah dipercayai bukan sahaja tidak membayar wang sewaan selama enam bulan, bahkan menjadikan kediaman disewa itu sebagai rumah sampah.

Itu dihadapi seorang pemilik rumah dikenali sebagai Nik Zai Md Noor yang berdepan masalah ‘penyewa dari neraka’ apabila lelaki tersebut turut melarikan diri.

“Hai jangan sesiapa bagi sewa kepada penyewa di bawah ini. Sampai hari ini dia buat rumah saya rumah sampah, penipu besar. Dengan tahi kucing satu bilik bersepah dengan sampah makanan.

“Rumah dia tidak bayar rumah selama enam bulan, air dan elektrik. Semua dia tidak bayar, dia lari dengan letak sampah dalam rumah saya. Penipu besar ini,” katanya pada hantaran Facebook.

Hantaran itu dikongsikan pada ‘group’ (kumpulan) Facebook Rumah/Bilik Sewa Puncak Alam sekali gus mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial.

“Allah, kasihan owner (pemilik). Semoga dipermudah urusan. Kalau tengok gambar penyewa ini macam ada sakit mental ‘hoarding disorder’. Suka kumpul sampah dalam rumah. Semoga puan sabar dan tabah,” komen pengguna Facebook Nurul Emilia Azlan.

“Ya Allah mengucap panjang saya tengok keadaan rumah sis (kakak). Penyewa dari neraka…, mesti sepanjang dia menyewa tak pernah buang sampah. Boleh pula dia hidup dalam sampah,” komen Lynn Daa.

“Saya pun pernah kena macam ni. Mujur dia lewat bayar sewa sebulan, saya terus halau keluar. Tak tahu macam mana boleh duduk dengan sampah,” komen seorang lagi individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN