fbpx
TENTERA Taiwan mengadakan latihan tembakan peluru hidup menggunakan kereta kebal buatan AS, M1A2T Abrams di Hsinchu, 10 Julai lalu. – AFP

Trump bekukan bantuan ketenteraan lebih RM1.6 bilion untuk Taiwan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menolak meluluskan bantuan ketenteraan AS$400 juta (RM1.68 bilion) kepada Taiwan sejak beberapa bulan kebelakangan ini ketika beliau berunding mengenai perdagangan dan kemungkinan sidang kemuncak China-Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Washington Post semalam.

Keputusan Trump menandakan perubahan mendadak dalam dasar AS terhadap pulau pemerintahan sendiri itu yang berdepan ancaman pencerobohan berterusan oleh China.

Seorang pegawai White House memberitahu Washington Post bahawa keputusan pakej bantuan itu bagaimanapun belum muktamad.

Trump dan rakan sejawat dari China, Xi Jinping dijadualkan bercakap hari ini, panggilan telefon kedua mereka sejak Presiden daripada Parti Republikan berusia 79 tahun itu kembali ke White House. 

Perbincangan telefon itu berlaku ketika kedua-dua pihak mencari kompromi mengenai isu tarif dan pemilikan aplikasi perkongsian video TikTok.

Walaupun AS berhenti mengiktiraf Taiwan pada akhir tahun 1970-an demi China, Washington kekal penyokong paling utama Taipei dan pembekal terbesar bantuan ketenteraan.

Di bawah bekas presiden Joe Biden, Washington meluluskan pakej bantuan ketenteraan lebih AS$2 bilion (RM8.41 bilion)  kepada Taiwan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI