TAUGE merupakan sejenis sayur daripada kecambah kacang hijau yang paling mudah hidup dan sering digunakan dalam masakan harian. Pun begitu, bagi Rose (bukan nama sebenar), tauge memberi makna yang lebih tragis dalam hidupnya ketika bergelar isteri sebelum ini. Terbuka berkongsi episod hitamnya kepada K-Wanita, anak kelahiran Kuala Lumpur itu memberitahu, dia dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan senang. Jelas wanita tersebut, ibu bapanya mempunyai perniagaan logistik sendiri dan kebanyakan daripada adik-beradiknya juga bekerja membantu membangunkan perniagaan keluarga itu.……