fbpx
Saifuddin (dua dari kanan) melawat reruai pameran hasil kraftangan sempena Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani Jabatan Penjara di PRP Kuala Muda, hari ini.

Pendekatan komuniti elak bekas banduan ulang kesalahan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kadar pengulangan jenayah atau recidivism oleh bekas banduan dalam program reintegrasi penjara sangat rendah berbanding yang dibebaskan terus, sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan komuniti dalam pemulihan pesalah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rekod Jabatan Penjara menunjukkan hanya seorang daripada 800 prospek yang tamat menjalani hukuman melalui program itu kembali melakukan jenayah.

“Angka ini jauh lebih rendah berbanding banduan yang dibebaskan terus dari penjara tanpa program reintegrasi iaitu kira-kira 13 orang daripada setiap 100 mengulangi kesalahan.

“Ini membuktikan pendekatan pemulihan berbentuk komuniti jauh lebih berkesan kerana mereka bukan sahaja diberi peluang kedua, malah dapat diterima kembali oleh masyarakat,” katanya selepas merasmikan Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat Madani, Jabatan Penjara di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Muda, di sini hari ini.

Saifuddin berkata, pendekatan itu memberi manfaat berganda kerana bukan sahaja mengurangkan kadar kesesakan penjara, malah menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Katanya, ketika ini terdapat 41 penjara di seluruh negara dengan jumlah penghuni sekitar 87,000 orang, sedangkan kapasiti sebenar hanya kira-kira 73,000 orang.

“Keadaan sesak ini menimbulkan pelbagai cabaran termasuk kesihatan banduan dan pengurusan penjara. Melalui program reintegrasi, sebahagian pesalah kesalahan kecil ditempatkan di luar tembok penjara sekali gus mengurangkan tekanan kapasiti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN