fbpx
SITI ROSNAH menguruskan suaminya, Mohd. Saifulredzan yang terlantar di atas katil ketika ditemui di Kampung Pulai Sebatang, Pontian kelmarin.

‘Makan minum sekadar alas perut setiap hari’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – “Saya kini jadi ‘ayah’ dan ibu kepada dua anak perempuan, makan dan minum hanya sekadar alas perut setiap hari.”

Demikian ujar Siti Rosnah Sabtu@ Atan Chik, 32, selepas suaminya, Mohd. Saifulredzan Hamzah, 32, yang menjadi tempat bergantung mencari nafkah terlantar sejak terlibat nahas jalan raya pada 15 Mei lalu.

Mohd. Saifulredzan yang me­nunggang motosikal terlibat kemalangan dengan sebuah kereta pada pukul 5.50 pagi di hadapan Hospital Pontian, di sini.

Katanya, dia tidak bekerja ke­rana masa dihabiskan menjaga suami selain dua anak perem­puan berusia empat dan 12 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pulai Sebatang sejauh 3 kilometer dari rumah.

“Suami patah bahu, patah tulang rusuk, paru-paru bocor, mengalami pendarahan di perut, hati bengkak dan patah pinggul.

“Kedua-dua saraf kakinya rosak teruk dan boleh menyebabkan pergerakan tak normal,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulai Sebatang, di sini kelmarin.

Ujarnya, sebelum ini suami berpendapatan RM3,000 sebulan dan akibat nahas itu, sewa rumah RM450 sebulan tertunggak, namun bersyukur ada pihak yang membantu menjelaskannya.

“Leher suami terpaksa ditebuk bagi membantu pernafasan, hanya mampu minum susu khas selain menggunakan lampin pakai buang. Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Pontian memberi sumbangan one-off RM500, manakala permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang diusahakan.

“Urusan tuntutan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor Bahru dalam proses permohonan,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Siti Rosnah di talian 017-572 4283 atau menghulurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0199-5411-0065-9701.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN