fbpx
.SEJUMLAH orang berhimpun di Place de la Bastille, Paris kelmarin. - AFP

Hampir sejuta perusuh turun ke Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Hampir sejuta perusuh turun ke jalan-jalan raya di Paris dalam protes ‘hari kemarahan’ apabila sentimen anti-Presiden Emmanuel Macron kembali menggoncang Perancis, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ketika negara itu berdepan letusan kekacauan dan keganasan, gambar-gambar dari jalanan di ibu kota Perancis menunjukkan pertempuran besar tercetus antara polis dan kumpulan perusuh.

Penunjuk perasaan membakar palet kayu di luar stesen kereta api utama, Gare du Nord, manakala anggota-anggota polis bertempur dengan orang ramai di tengah kepulan asap gas pemedih mata.

Pelajar-pelajar bertopeng membawa sepanduk dan plakad  tertera ayat seperti ‘kenakan cukai ke atas golongan kaya’, menggunakan suar merah di hadapan anggota-anggota polis ketika menghalang polis daripada memasuki kawasan Sekolah Tinggi Lycee Maurice Ravel.

Tindakan mereka itu adalah sebahagian daripada bantahan kebangsaan terhadap rancangan Macron yang mahu memotong bajet kerajaan sehingga mengganggu sebahagian besar kehidupan awam di negara tersebut.

Akur kepada desakan kesatuan-kesatuan sekerja, sebahagian besar penunjuk perasaan mengadakan ‘hari tindakan’ yang menyebabkan pengangkutan awam terhenti, sekolah-sekolah ditutup dan orang ramai turun ke jalanan untuk menunjuk perasaan, menyebabkan ‘pertembungan’ dengan anggota-anggota polis.

Salah sebuah kesatuan sekerja, iaitu kumpulan kiri CGT berkata, lebih sejuta orang di seluruh negara mengambil bahagian dalam demonstrasi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN