fbpx
Peserta menyertai Kejohanan Menggali Kubur Antarabangsa ke-8 di Hungary pada 6 September lalu. - MTFE

Pertandingan gali kubur cari penggali paling pantas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUDAPEST – Sebuah persatuan di Hungary menganjurkan pertandingan menggali kubur untuk mencari penggali paling pantas dengan hasil yang kemas, lapor laman berita Oddity Central. 

Kejohanan Menggali Kubur Antarabangsa ke-8 anjuran Persatuan Pengendali dan Penyelenggara Tanah Perkuburan Hungary (MTFE) berlangsung pada 6 September lalu. 

Peserta diberikan masa selama dua jam untuk menggali kubur sepanjang 2 meter, lebar 80 sentimeter dan kedalaman 1.6 meter. 

Mereka juga dikehendaki memasukkan kotoran seberat 2.5 tan ke dalam lubang tersebut untuk menghasilkan kawasan perkuburan yang kemas.

Peserta dinilai berdasarkan kelajuan menggali, kekemasan dan kepatuhan mereka kepada dimensi kubur standard. 

Pasukan Hungary, Parakletosz Nonprofit Kft merangkul gelaran Juara Penggali Kubur Dunia untuk dua tahun berturut-turut dengan catatan masa 1 jam, 33 minit dan 20 saat. 

“Laszlo Kiss dan Robert Nagy berjaya mempertahankan tempat pertama mereka dari tahun lepas. Kejayaan itu dicapai melalui pekerjaan harian dan bukan latihan khas,” kata MTFE dalam satu kenyataan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN