KUALA NERUS – Hujan lebat dan ombak kuat yang sering melanda terutama pada sebelah petang sejak dua minggu lalu kembali membuatkan pemilik ‘mahligai cinta’ di Kampung Tanjung, Batu Rakit, di sini tidak tidur lena. Pesara kerajaan itu, Mohd. Yazit Idris, 66, mulai bimbang apabila banglo RM600,000 yang dibina demi kecintaan terhadap arwah isteri tersebut kembali diancam hakisan. “Tambak pasir yang mengelilingi kediaman saya sebelum ini mula terhakis sedikit demi sedikit ekoran kemunculan alur baharu merintanginya menuju ke arah pesisir pantai.……














