PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai sebuah hotel yang meletakkan waktu daftar masuk pada lewat petang mendapat perhatian ramai.
Menerusi hantaran di Thread, pengguna tersebut yang dikenali sebagai Min Mimiey meluahkan rasa tidak puas hati dengan waktu daftar masuk yang diletakkan oleh hotel tersebut pada pukul 4 petang.
“Makin lewat ya checkin hotel sekarang ni. ‘Check out’ pun makin awal. Macam tak adil pula bayar RM2,000 lebih. Memang begini ke hotel sekarang?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut mengecam dan tidak berpuas hati atas perkara tersebut.
“Normalkan boikot hotel yang letak ‘check in’ dan ‘check out’ mengarut ni,” kata Aivoile.
“Empat petang? Melampau. Kena bagitau nama hotel biar semua tahu,” kata Syasya.
“Tak payah tempah hotel ni, boikot saja,” kata Munzir. – KOSMO! ONLINE