PETALING JAYA – Ramai pihak mencadangkan supaya bantuan makanan diberikan kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), berbanding memfokuskan kepada golongan gelandangan terutama di ibu negara.
Ini susulan perkongsian TikTok @Tend.onect yang membuat agihan ‘chicken tenders’ hasil sumbangan orang ramai kepada gelandangan, namun makanan itu dibaling ke lantai.
“Kami tunaikan infak orang ramai (beri) ‘chicken tenders’ Rahmah kepada gelandangan Chow Kit, tetapi dia nak mengamuk,” kata pemilik TikTok tersebut.
Katanya, punca utama individu itu mengamuk kerana pihaknya enggan memberikan makanan lebih seperti yang diminta wanita tersebut.
“Dia minta dua untuk anak kucing dia. Siap buang makanan itu. Aku takut nak rakam selebihnya, tetapi memang kenyang makan maki,” kongsinya.
Tambahnya, selain meminta makanan lebih, wanita itu turut menagih wang secara paksa.
“Dia muncul tidak tahu dari mana minta duit aku tak bagi juga, lagilah dia mengamuk, campak makanan dan aku ‘speechless’ (terkedu). Penat aku goreng, bungkus dan orang buang (makanan) begitu sahaja,” luahnya.
Video ringkas itu meraih lebih 700,000 tontonan dan tindakan wanita itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap sebagai tidak menghormati sumbangan yang diberikan.
Susulan kejadian itu, ramai netizen mencadangkan agar sumbangan makanan disalurkan kepada pihak yang lebih memerlukan khususnya pelajar IPT yang berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi.
“Kepada rakyat Malaysia atau mana-mana NGO (badan bukan kerajaan), kalau nak infaq bagi makanan ke, baik infak pada pelajar IPT ke (atau) sekolah ke lagi baik.
“Sekurang-kurangnya mereka ada sumbangan kepada negara. Kalau bagi kepada gelandangan membazir je. Lagi menggalakkan mereka untuk jadi gelandangan ada la,” cadang @Qiymeloz.
“Biasala pergi asrama universiti, malam-malam ramai pelajar kelaparan,” kongsi Abdullah.
“Daripada bagi orang macam ni, yang boleh bekerja tetapi tak nak kerja, baik bagi kami pelajar yang nak beli nasi kosong pun kadang-kadang kira syiling,” kata Aina Husna. – KOSMO! ONLINE
@tend.onect tunaikan infaq hrtu. tp kena maki sebakul dgn dia. allahu. sabar jelah. #infaq #fyp #homeless ♬ original sound – Tend.One














