fbpx
JACKSON dipinjamkan ke Bayern selepas khidmatnya disisihkan menyebabkan dia mahu membuktikan keputusan Chelsea itu silap. - AFP

UCL: Jackson ikrar kecewakan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Penyerang baharu Bayern Munich, Nicolas Jackson melaungkan amaran untuk merobek gawang Chelsea menjelang aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Allianz Arena, awal pagi esok.

Sebagai rekod, Jackson telah berhijrah ke Bayern sebelum jendela perpindahan ditutup dengan status sebagai pemain pinjaman selama semusim daripada pasukan The Blues.

Apa yang menarik, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memiliki peraturan dengan memberi lampu hijau buat mana-mana pemain berstatus pinjaman untuk menentang kelab utamanya jika bertembung dalam saingan UCL.

Kini, Jackson bersedia untuk mencetak nama selaku penjaring buat kali pertama selepas gagal meledak ketika aksi debut Bundesliga bertemu Hamburg, minggu lepas.

“Fokus selepas ini adalah aksi bertemu Chelsea yang mana saya ada ramai rakan-rakan di sana. Saya tidak sabar untuk bertemu mereka sekali lagi dan yang paling penting membantu pasukan meraih kemenangan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Bayern, Vincent Kompany optimis pasukan dapat memanfaatkan aksi di laman sendiri untuk memulakan kempen UCL dengan langkah kanan.

“Saya rasa kita kini berada pada tahap terbaik dan saya pasti suasana di Allianz Arena akan memberi igauan ngeri buat mana-mana pasukan yang hadir di sini nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN