Buat pertama kalinya, Angkatan Belia Madani (ABM) Kedah dan Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) Selangor bergabung tenaga menganjurkan program pengembaraan ke luar negara, ‘Fly High Chapter 2.0 Japan Backpacking Experience’ (FHC 2.0). Bertempat di Osaka, Jepun, inisiatif itu menjadi wadah unik yang mempertemukan dua organisasi belia berbeza negeri dan kepakaran demi membuka ruang pembelajaran baharu kepada para peserta. Lebih daripada sekadar sebuah percutian, program itu mengangkat nilai kepimpinan, keterampilan serta identiti belia Malaysia dalam konteks global. Dengan berlatarbelakangkan Osaka iaitu……














