fbpx
SEORANG wanita muda ditemukan mati di dalam bilik hotel. - Foto The Phuket News

Wanita ditemukan mati secara misteri di bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita berusia 26 tahun ditemukan mati tanpa sebarang kecederaaan di bilik hotelnya di Phuket, Thailand, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Polis Cherng Talay menerima makluman mengenai penemuan itu sekitar pukul 4.55 petang (waktu tempatan) semalam.

Anggota-anggota polis pergi ke lokasi kejadian bersama pegawai forensik dan doktor dari Hospital Vachira, Phuket.

Mangsa dikenal pasti sebagai Kanyarat Wiriyang, 26, dari wilayah Loei di timur laut Thailand.

Mayatnya ditemui terbaring di lantai berhampiran hujung katil di biliknya.

Pegawai polis mengesahkan tiada kecederaan yang kelihatan, tiada tanda berlakunya pergaduhan dan tiada bukti bahawa barangan milik mangsa telah diganggu. 

Polis dan pasukan forensik masih menjalankan siasatan tentang punca kematian mangsa yang sukar dijelaskan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN