fbpx
Tangkap layar video majlis pernikahan dan makan kenduri pasangan pengantin di Kuala Krai berjalan lancar biarpun satu kampung terputus bekalan elektrik.

[VIDEO] ‘Kita bagi sekampung candle light dinner’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sepasang pengantin berdepan pengalaman tidak dapat dilupakan apabila bekalan elektrik di kampungnya di Kuala Krai, Kelantan terputus menyebabkan majlis pernikahan berlangsung dalam keadaan bergelap.

Menerusi video dikongsikan pada TikTok Myzahs, majlis pernikahan itu diadakan di surau dan beberapa tetamu membantu proses pernikahan dengan menggunakan lampu pada telefon bimbit.

Biarpun bekalan elektrik terputus, majlis tersebut berlangsung dengan lancar dan kedua-dua pasangan pengantin sah sebagai suami isteri.

Malah, lilin juga digunakan sewaktu majlis makan kenduri bersama tetamu yang hadir.

“Pertama kali jadi begini, terkejut ya. Ada lah benda boleh cerita kat anak dia nanti,” menurut kapsyen pada video berkenaan.

Menerusi ruangan komen, pengguna media sosial meninggalkan maklum balas positif selain menyifatkan kejadian bekalan elektrik terputus itu seolah-olah menghidupkan suasana untuk kedua-dua pengantin.

“Kita bagi sekampung candle light dinner (makan malam cahaya lilin), tahniah dik,” komen @Cikmong secara berseloroh.

“Nanti orang cakap, ‘ingat tak majlis kahwin yang tak ada elektrik tu?’. Mudah nak ingat kenduri mana,” komen @Miracle.

“Kenapa rasa suasana macam ni lagi menarik,” kata @Syafiqah. – KOSMO! ONLINE

@myzahsFirst time jadi gini🤣 siss terkezutt yaa! Ada la benda boleh cerita kat anak dia nanti🤭♬ original sound – Kaeya.m

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI