fbpx
Jimmy Puah menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Permas Jaya, Johor Bahru. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

Ahli parlimen Tebrau pula terima e-mel ugutan lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Ahli parlimen Tebrau tampil membuat laporan polis selepas menerima e-mel berunsur ugutan yang mendakwa memiliki gambar menyerupai dirinya bersama seorang individu lain di atas katil.

Jimmy Puah Wee Tse berkata, dia menerima e-mel tersebut pada pukul 5.50 petang semalam ketika berada di rumahnya di Wateredge Residences, Senibong Cove di sini.

Kandungan e-mel itu turut menyertakan gambar yang didakwa sebagai tangkap layar daripada sebuah video, selain menuntut wang tebusan berjumlah USD100,000 (RM420,650).

“Saya percaya pelaku membuat hantaran dari luar negara,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya di sini hari ini.

Menurut Naib Pengerusi PKR Johor dan Ketua PKR Pulai, dia turut diberikan kod QR sebagai kaedah pembayaran dengan semua tulisan e-mel menggunakan dalam bahasa Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN