fbpx
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di kawasan Jeti Awam Kampung Pulau Belayar dekat Gerik semalam.

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GERIK – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di kawasan Jeti Awam Kampung Pulau Belayar di sini semalam.

Difahamkan, mangsa, Azri Md Sharif, 53, pergi menjala ikan seorang diri di Sungai Perak dengan menaiki sebuah bot pada pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan lelaki itu pada pukul 11.03 malam.

Katanya, kehilangan mangsa disedari sekitar pukul 8.30 malam selepas penduduk kampung menjumpai barangan milik lelaki itu terapung di permukaan air dekat Jeti Awam Kampung Pulau Belayar.

“Selain itu, turut dijumpai bot milik mangsa yang ditemukan dalam keadaan separuh tenggelam.

“Penyelarasan operasi mencari dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, Pos Kawalan Bomba (PKB) diaktifkan di lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 7.18 pagi tadi.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI