fbpx
Polis mendedahkan wanita dan peniaga telefon bimbit dibunuh dengan kejam apabila masing-masing ditikam dan dikelar sebanyak 20 dan lapan kali oleh suspek dalam kejadian di Taman Nona di Guar Chempedak, Yan dekat sini Khamis lalu.

Wanita maut ditikam, dikelar 20 kali, lelaki lapan tikaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Polis mendedahkan wanita dan peniaga telefon bimbit dibunuh dengan kejam apabila masing-masing ditikam dan dikelar sebanyak 20 dan lapan kali oleh suspek dalam kejadian di Taman Nona di Guar Chempedak, Yan dekat sini Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, mangsa wanita mengalami kecederaan tikaman serta kelaran dengan senjata tajam di bahagian dada, leher, tangan dan kaki.

Katanya, mangsa lelaki pula mengalami kecederaan tikaman dan kelaran dengan senjata tajam di dada, leher dan belakang badan.

“Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat kedua-dua mangsa pada Jumaat lalu mendapati punca kematian mangsa wanita adalah tikaman pada dada, manakala mangsa lelaki akibat tikaman pada leher,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN