fbpx
Keadaan mangsa yang ditemui berhampiran Jalan Bukit Enggang, Sungai Long di sini.

Lelaki maut ketika daki bukit di Sungai Long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang lelaki ditemui maut dipercayai sedang melakukan aktiviti mendaki bukit berhampiran Jalan Bukit Enggang, Sungai Long di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 8.01 pagi berhubung penemuan mangsa berusia 58 tahun yang terbaring di atas jalan.

Beliau berkata, pihak polis dari Balai Polis Sungai Long dan ambulans dari Hospital Kajang kemudian telah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Hasil siasatan dapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun, bekerja sendiri dipercayai sedang menjalankan aktiviti mendaki bukit di kawasan tersebut sebelum ditemui terbaring berseorangan di atas jalan.

“Mangsa ditemui dengan berpakaian lengkap berserta tongkat dan telefon bimbit milik mangsa sendiri disampingnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaid berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah ditemui semasa siasatan ditempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang bagi tujuan bedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian adalah disebabkan saluran darah ke jantung tersumbat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Abang Faizul Abang Bujang di talian 012-9208851.

“Polis Daerah Kajang juga menasihatkan masyarakat untuk memastikan kesihatan diri dalam keadaan yang baik sebelum menjalankan sebarang aktiviti fizikal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN