fbpx
TYLER ROBINSON - Foto AFP

Suspek tembak Charlie Kirk dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON  – Lelaki disyaki menembak mati Charlie Kirk yang merupakan penyokong setia Presiden Donald Trump telah ditahan dan dikenali pasti sebagai Tyler Robinson, lapor portal berita ABC News hari ini.

Robinson, 22, mengelak daripada dikesan pihak berkuasa selama lebih sehari selepas menembak Kirk pada satu  acara kampus di negeri Utah, Rabu lalu.

Namun, bapa Robinson mengecam anaknya melalui gambar diedarkan oleh pihak berkuasa, yang akhirnya membawa kepada penahanan suspek, kata beberapa pegawai.

Walaupun masih banyak persoalan belum terjawab mengenai pembunuhan yang  dianggap  bermotifkan politik itu, maklumat pihak berkuasa dan mereka yang mengenali Robinson mula membentuk gambaran tentang suspek.

Setakat ini, motif dia membunuh Kirk tidak diketahui.

Pada sidang media semalam, Gabenor Utah, Spencer Cox berkata, selepas bapa Robinson mengenal pasti anaknya dalam gambar yang diedarkan, dia menasihati suspek supaya menyerah diri. 

Robinson pada mulanya enggan, tetapi kemudian mengubah fikiran.

Bapanya kemudian menghubungi seorang pastor yang juga pegawai pasukan khas, Marsyal Amerika Syarikat untuk menangkap suspek. – AGENSI .

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN