fbpx
Razali (kanan) melepas peserta MBCC di Taman Eko Rimba Chemerong, Hulu Dungun hari ini.

Mount Berembun Climbathon Challenge masuk Kalendar Pelancongan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Mount Berembun Climbathon Challenge (MBCC) yang menjadi tumpuan pendaki seluruh negara bakal dinaik taraf ke peringkat antarabangsa sekali gus dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu para tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, acara larian gunung itu menjadi platform mempromosikan keunikan dan keindahan Gunung Berembun yang mempunyai tiga air terjun semulajadi iaitu Chemerong, Berembun dan Langsir berketinggian 1,038 meter dari paras laut.

Beliau berkata, acara sama juga memperkenalkan pelancongan sukan bagi membudayakan aktiviti riadah dan rekreasi keluarga.

“Program kali kedua dianjurkan Kelab Kembara Terengganu (Terengganu Backpackers) dan TAC Outdoor dengan kerjasama kerajaan negeri ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 1,000 pendaki gunung dan peminat sukan lasak.

“Insya-Allah, ia akan diperluaskan lagi dengan lebih ramai penyertaan termasuk peserta dari luar negara pada tahun hadapan,” katanya selepas menyempurnakan pelepasan peserta MBCC di sini, hari ini.

Razali berkata, penganjuran MBCC bertaraf antabangsa itu juga seiring Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Terengganu 2027.

Beliau berkata, program berkenaan juga mampu memberi impak ekonomi kepada penduduk sekitar Hulu Dungun khususnya golongan peniaga dan pengusaha inap desa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN