fbpx
Antara peserta yang mengambil bahagian dalan Matrix Malaysia Day Run 2025 di Bandar Sri Sendayan hari ini.

Matrix Malaysia Day Run 2025 himpun 10,000 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Lebih 10,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat menyertai Matrix Malaysia Day Run 2025 yang berlangsung meriah di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan di sini hari ini.

Acara anjuran Matrix Concepts Holdings Berhad dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBD) itu diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia.

Pelepasan acara itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Industri dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, Teo Kok Seong yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Empat kategori utama dipertandingkan iaitu lima kilometer (km) Bubble Fun Run, 10 km Timed Run, 21 km Half Marathon dan 1.5 km VIP Run, dengan penyertaan wakil kerajaan, pengurusan serta tetamu kehormat sebagai simbol solidariti dan perpaduan.

Lebih bermakna, edisi kali ini turut melibatkan penyertaan komuniti orang kurang upaya (OKU) termasuk dari Beautiful Gate Foundation, Bengkel Seri Sembilan serta atlet para di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Pengerusi Matrix Concepts, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin, berkata penganjuran yang menghimpunkan ribuan peserta itu membuktikan komitmen syarikat terhadap perpaduan dan keterangkuman.

“Di Matrix Concepts, kami percaya kepelbagaian adalah kekuatan. Kehadiran peserta OKU dan penglibatan komuniti seni memberi inspirasi bahawa setiap insan mempunyai sumbangan bermakna,” katanya pada Matrix Malaysia Day Run 2025 di Bandar Sri Sendayan di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI