fbpx
SYASYA menafikan dirinya hamil anak kembar.

‘Bukan anak kembar, jantina pun kami belum tahu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi Syasya Rizal tampil membuat pencerahan selepas ramai menyangka dirinya bakal menimang cahaya mata kembar susulan perkongsian majlis pengumuman jantina bayi baru-baru ini.

Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, dan suaminya Nasrullah Mohd. Sapie mengakui masih tidak mengetahui jantina anak kedua mereka.

“Terkejut baca komen ramai ingat kembar. Rupa-rupanya itu cara orang buat ‘gender reveal’ (mengumumkan jantina anak) kembar.

“Sebenarnya kami letupkan dua warna sebab memang belum tahu jantina sebenar lagi,” katanya dalam hantaran Instagram.

Selain itu, bekas anggota kumpulan Dolla itu memaklumkan suaminya tidak gemar melakukan acara mengumumkan jantina anak. sebaliknya mereka hanya melakukan gimik semata-mata untuk sesi bergambar.

“Alhamdulillah, kami simpan rahsia ini sepanjang tahun.

“Nobita (suami) tidak berkenan nak buat gender reveal yang betul, jadi kami letupkan dua warna untuk tujuan bergambar,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, Syasya turut memaklumkan gambar imbasan ultrasound yang dikongsi hanyalah dapatan dari carian Google.

Sebelum ini, Syasya membuat kejutan dengan meletupkan asap berwarna biru sebagai tanda bakal mendapat anak lelaki.

Namun, netizen mula perasan kepingan kertas warna merah jambu di lantai sehingga menimbulkan andaian dia hamil anak kembar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN