fbpx
KESEBELASAN utama Uruguay yang beraksi menentang Chile dalam aksi terakhir kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

Bintang ternama Uruguay gegar KL, Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMINAT bola sepak negara berpeluang menyaksikan pemain berkelas dunia seperti Darwin Nunez dan Federico Valverde selepas Uruguay sah menjadikan Malaysia sebagai ‘tuan rumah’ bagi aksi persahabatan antarabangsa bulan depan.

Bekas pasukan No. 2 dunia itu yang kini di ranking ke-16, sudah mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2026 dan dijadualkan bertemu Republik Dominika di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Oktober depan sebelum berdepan Uzbekistan di Stadium Hang Jebat, Melaka (13 Oktober).

Wakil Kedutaan Besar Uruguay ke Malaysia, Mariela Machado mengakui cukup teruja untuk menyaksikan kehadiran skuad kebangsaan kendalian Marcelo Bielsa itu menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur dan Melaka tidak lama lagi.

Menurut Mariela, status mengenai kehadiran beberapa pemain bertaraf bintang masih belum boleh disahkan kerana ia hanya diputuskan oleh jawatankuasa teknikal yang akan membuat mesyuarat dalam masa terdekat.

“Saya berbangga dan cukup beremosi apabila tahu Uruguay akan beraksi di Malaysia. Saya pasti pasukan kebangsaan kami akan gembira untuk menikmati kepelbagaian budaya, makanan dan infrastruktur di sini.

“Mengenai kehadiran pemain-pemain utama, saya tidak boleh sahkan kerana Uruguay lebih mementingkan aksi berpasukan. Namun, kita harap ada kejutan (pada panggilan antarabangsa) nanti,” katanya.

Selain Nunez dan Valverde, bekas juara dunia dua kali itu turut memiliki beberapa pemain berpengaruh seperti Ronald Araujo (Barcelona), Manuel Ugarte (Manchester United) dan Rodrigo Bentancur (Tottenham Hotspur).

Wakil pegawai skuad kebangsaan Uzbekistan, Jamoliddin Salikhov percaya aksi menentang Uruguay nanti boleh dianggap sebagai medan ujian buat pasukan sebelum mengharungi aksi Piala Dunia 2026.

“Uzbekistan kini boleh dianggap sebagai salah satu pasukan terbaik di dunia dan sudah tentu kami teruja dapat beraksi di hadapan penyokong Malaysia sebagai satu cabaran sebelum ke pentas Piala Dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN