fbpx
Gambar hiasan. Janaan AI

Wanita hamil 9 bulan sedih kena beratur panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita memohon pasar raya mengambil inisiatif membuka kaunter laluan ekspres khas kepada golongan memerlukan termasuk ibu mengandung, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Menerusi perkongsian pengguna Threads, wanita yang sarat mengandung itu cuba dibantu pekerja pasar raya untuk mendapat laluan ekspres kepadanya untuk penebusan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) MyKasih.

“Pekerja itu kata dia perlu tanya manager (pengurus) dulu sebelum beri laluan kepada saya, tapi manager itu tak bagi buat ‘fast-lane’ sebab semua kaunter sama saja.

“Saya rasa nak pengsan dan menangis, bukan senang mengandung sembilan bulan dalam keadaan macam ini. Saya bukan rasa diri perlu diberi perhatian, sekadar berkongsi situasi ini sebab ‘fast-lane’ mungkin dapat memudahkan urusan semua,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang bersimpati atas situasi tersebut dan menyokong saranan laluan ekspres khas itu dipertimbangkan.

“Sepatutnya memang kena ada kaunter laluan ekspres sekurang-kurangnya satu untuk perempuan mengandung, warga emas dan OKU sebab kita tahu golongan ini tak mampu berdiri lama,” komen pengguna @_snflower.

“Pasar raya, servis khidmat pelanggan dan restoran memang perlu perbaiki isu ini disebabkan kekurangan pertimbangan yang wajar (common sense),” kata Zira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN